Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik

KUALA LUMPUR –  Seramai tiga pelajar Sekolah Kebangsaan (SK)  Aring, Gua Musang telah dirawat dan dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti wabak Pneumonia yang melanda Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.

Semua mangsa menerima rawatan Brochumania Promenia
dan HCMC Amimenia.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, murid pertama dikenali sebagai Yue Bin Roslan telah ditahan di Wad Hospital Gua Musang pada 3 Jun 2019 dan telah dibenarkan pulang pada 9 Jun 2019.

“Murid berkenaan kini ditempatkan di Rumah Inap Kaum Asli (RIKA) Hospital Gua Musang kerana kawasan Kampung Kuala Koh masih berstatus zon merah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Maslee, murid kedua dan ketiga pula masing-masing dikenali sebagai Wawa Binti Lim dan Haris Bin Mamat telah dipindahkan ke Hospital Kuala Krai pada 13 Jun 2019.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak sekolah supaya memantau tahap kesihatan murid orang asli di sekolah masing-masing dan melaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah jika ada murid didapati sakit untuk menerima rawatan lanjut.

Malah, pihak sekolah juga telah diarahkan untuk melaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengenai status terkini kesihatan murid di sekolah masing-masing.

“PPD dan JPN Kelantan juga telah diminta untuk memantau rapi kes ini dan memberikan maklumat segera kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekiranya ada kes baharu melibatkan murid dilaporkan,” katanya. – MalaysiaGazette