Bekas Pekerja Nur Sajat, Yusmiliati Mohamed Yusof bercakap pada sidang media mengenai penuntutan pemohonan maaf Pengusaha Kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat keatas dirinya dalam kes penukaran jantina di Pejabat Profima, Taman Permata, Setapak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 JUN 2019

GOMBAK – Seorang wanita hari ini mendakwa dia antara individu yang membantu usahawan kosmetik, Nur Sajat untuk membuat permohonan menukar status jantina daripada lelaki kepada wanita.

Menurut Yusmiliati Mohamed Yusof, perkenalannya dengan Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman bermula kira-kira dua tahun lalu.

Malah tambah Yusmiliati, beberapa pertemuan telah dibuat dengan Sajat bersama pembantunya, Ashari Maznan yang menyatakan hasratnya untuk membuat satu permohonan menukar status jantina di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Yusmiliati menjadi runner bagi urusan itu mewakili Sajat.

“Pada 30 September 2017, dan 13 Oktober 2017, JPN telah menghantar sesalinan surat kepada mereka berdua menyatakan bahawa permohonan itu telah ditolak atas sebab kerana pemohon gagal untuk memasukan satu salinan surat daripada doktor yang mengesahkan beliau adalah seorang khunsa.

“Sejurus itu, mereka telah berhubung dengan saya dan mereka telah tidak berpuas hati kerana saya tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk pertukaran jantina tersebut,” katanya dalam satu sidang media di Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) hari ini.

Pihak Sajat, katanya, mendakwanya ‘melarikan’ wang bagi urusan melibatkan JPN itu.

Hadir sama dalam sidang media ialah peguam Yusmiliati, Ahmad Faiq Azizan.

MGF17062019_PC PENUNTUTAN PERMOHONAN MAAF NUR SAJAT12
Bekas pekerja Nur Sajat, Yusmiliati Mohamed Yusof bercakap pada sidang media mengenai penuntutan pemohonan maaf Pengusaha Kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat keatas dirinya dalam kes penukaran jantina di Pejabat Profima, Taman Permata, Setapak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 JUN 2019.

Ekoran kegagalan permohonan itu, beliau mendakwa telah dilemparkan tuduhan palsu dan satu laporan polis dibuat terhadap beliau pada 29 Ogos tahun lalu.

Akibat daripada itu, dirinya ditahan oleh pihak polis selama empat hari di Ibupejabat Polis Ampang untuk siasatan atas kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Yusmiliati mengarahkan agar satu permohonan maaf dibuat terhadapnya dalam masa 48 jam daripada Nur Sajat.

Pada Julai tahun lalu, JPN pula mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan dibuat Nur Sajat untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan miliknya.

Semakan JPN mendapati tiada permohonan dibuat Sajat.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.