KUALA LUMPUR – Ketulenan video seks luar tabie yang membabitkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang lelaki yang didakwa mirip lelaki yang mirip Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bukan sahaja mendapat perhatian dalam negara tetapi juga di luar negara.
SBS News atau Special Broadcasting Service yang berpangkalan di Australia telah membuat laporan tentang isu ketulenan video yang tular itu dengan memetik beberapa pakar-pakar dalam digital.
Antaranya, Kevin Nguyen, pakar forensik digital yang sebelum ini menjadi perunding menyediakan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times dan kini bekerja untuk Perbadanan Penyiaran Australia.
Beliau telah menganalisis tiga video berkenaan SBS News.
“Pada tahap imej, pemeriksaan foresik dilakukan. Saya menjalankan beberapa analisis forensik … membabitkan tiga video dan pada enam perkara yang saya periksa didapati tidak ada bukti foto atau manipulasi imej,” katanya.
Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat juga memberikan gambaran yang sama.
“Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) deepfake yang pasti seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung” katanya.
Tetapi, pakar lain, Giorgio Patrini dari syarikat Deeptrace yang khusus dalam pembikinan video deepfake berkata, kualiti resolusi video itu terlalu rendah untuk menjalankan analisis yang muktamad.
Denby Weller, dari University of Technology Sydney, yang telah dilatih dalam pengesahan video dengan Inisiatif Berita Google berkata, aspek lain video itu menimbulkan ‘bendera merah’ tertentu.
“Kalau melihatnya, ia (aksi) telah dirakam dengan mod potret menggunakan telefon walaupun rupa itu boleh dibuat secara buatan dalam pasca produksi.
“Aksi telah diambil daripada kedudukan yang sedikit tinggi (ketinggian kamera sangat sukar untuk dipalsukan) yang akan menunjukkan telefon itu berada di bawah sedikit dari lelaki-lelaki tersebut,” katanya.
Ujar beliau lagi: “Ini bukan persediaan yang mudah untuk dicipta dengan hanya meletakkan telefon di rak, ia akan merakam ke atas, tidak ke bawah jika anda melakukannya. Kepada saya, ini menunjukkan bahawa telefon itu berada di atas tripod. – MalaysiaGazette