Beza umur 18 tahun bukan penghalang buat pelakon Ariff Aziz dan penerbit Datuk A.Aida bergelar suami isteri.
Beza umur 18 tahun bukan penghalang buat pelakon Ariff Aziz dan penerbit Datuk A.Aida bergelar suami isteri pada 21 Julai 2018.

KUALA LUMPUR – Penerbit drama, Datuk A Aida mengumumkan dia sudah bercerai talak satu pada 25 April lalu selepas 10 bulan berkahwin.

Pengumuman itu dibuat A Aida pada satu sidang media Sesi Hati Ke Hati di sebuah hotel  hari ini.

A. Aida, 49, mendirikan rumah tangga buat kali keempat dengan pelakon Ariff Aziz, 30.

A. Aida atau nama lengkapnya, Zaidah Awang telah memfailkan permohonan cerai pada 4 April lalu sebelum disahkan berpisah pada 25 April lalu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

“Jodoh kami tidak panjang dan akur dengan ketentuan Ilahi. Siapa yang kahwin mahu bercerai-berai,” katanya yang turut ditemani peguamnya, Zulkifli Che Yong.

A. Aida berkata, dia mengambil keputusan untuk membuat penjelasan berhubung perkara itu bagi mengelak salah faham, sekali gus meleraikan spekulasi mengenai status dia dan bekas suami.

Pasangan itu mula berkenalan ketika Ariff menjayakan beberapa projek drama di bawah produksi A Aida pada tahun 2015 namun bibit cinta mula bersemi sejak awal tahun lalu.

Melihat budi baik, sikap bertanggungjawab dan sempurna pegangan agama, Aida terbuka hati menerima lamaran Ariff, seterusnya mendirikan rumah tangga pada 21 Julai lalu.

Ariff sebelum itu, membuat kejutan dengan melamar A. Aida di sebuah restoran Arab di ibu negara dengan memberi sebentuk cincin.

A. Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada tahun 1994 tetapi bercerai pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 22, dan Wan Azevanatassha, 17.

Dia seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2013. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 10.

Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan seorang lagi anggota polis namun butiran perkahwinan keduanya itu menjadi rahsia hingga kini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.