Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka mendatar hari ini berikutan suasana berhati-hati menjelang mesyuarat dasar dua hari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.87 mata kepada 1,636.53 daripada 1,638.40 sebelumnya.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.74 mata lebih lemah pada 1,636.66.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 64 berbanding 50 dengan 163 kaunter tidak berubah, manakala 1,591 tidak diniagakan dan 21 digantung.

Sejumlah 110.39 juta saham diniagakan bernilai RM30.05 juta. – MalaysiaGazette