Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR – Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengesahkan menerima borang pencalonan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagi merebut jawatan Presiden badan induk tersebut.

MPM dalam satu kenyataan berkata, Khairy dari Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia akan mencabar kerusi nombor satu badan induk tersebut dengan Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin.

“Lima calon menghantar borang pada 15 Jun dan mereka adalah Siti Zaharah, Dr. Naharuddin, Dr. S. Radha Krishnan, Keng Chuan dan Khairy. Borang terakhir diterima pada pukul 9.38 malam.

“Lembaga Eksekutif sebulat suara memutuskan bahawa lima calon tersebut dibenarkan bertanding kerana mereka telah mematuhi peraturan dan telah memfailkan pencalonan masing-masing dalam tempoh masa dan mematuhi syarat yang ditetapkan di borang pencalonan,” kata Presiden MPM, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Sebelum ini, status Khairy menjadi tanda tanya selepas difahamkan borang pencalonannya dihantar pada pukul 11.30 malam 15 Jun bersama Timbalan Presiden MPM, John Ng, sedangkan tarikh akhir yang tertera di borang pencalonan adalah pada pukul 11.59 malam, 14 Jun.

Sementara itu, dua pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden iaitu Dr. Radha Krishanan dari Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia/Persatuan Boccia Malaysia dan pencabarnya Ng Keng Chuan dari Persatuan Ping Pong Malaysia.

Lapan pencalonan bagi jawatan Naib Presiden iaitu Hadfizah Abd Khafidz (Persatuan Tenpin Bowling Para Malaysia), K M Rajendran (Taekwando Malaysia), Muhd Iqbal Sulaiman (Tenis Berkerusi Roda Malaysia), Dr Ang Kean Koo (Persekutuan Bola Keranjang Kerusi Roda Malaysia), Dr Naharuddin Hashim (Persatuan Badminton Malaysia), Mejar Azhari Abdullah (Persatuan Bola Sepak Orang Buta Malaysia).

Dua lagi pencalonan untuk mengisi satu kuota wanita adalah Siti Zaharah Bt Abdul Khalid (Persatuan Boling Padang OKU Malaysia) dan Noor Syahieda Bt Mat Shah (Persatuan Powerlifting Para Malaysia).

Dua pencalonan untuk jawatan Setiausaha Agung iaitu Datuk R. Subramaniam (Persatuan Olahraga Para Malaysia) dan Chang Irene (Persatuan Bola Tampar OKU Malaysia) manakala S. Kumarusamy (Persatuan Para Karom Malaysia) tidak menerima cabaran bagi merebut jawatan bendahari. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.