Michel Platini

PARIS – Bekas Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), Michel Platini ditahan polis hari ini.

Platini ditahan atas kesalahan menawarkan hak penganjuran Piala Dunia 2022 kepada Qatar.

Suspek berusia 63 tahun itu sebelum ini digantung pada 2015 selepas disyaki menerima suapan wang berbentuk rasuah berjumlah 1.3 juta pound dari Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 2011.

Platini bagaimanapun menafikan tuduhan itu sebelum digantung lapan tahun daripada melibatkan diri dalam aktiviti bola sepak sebelum hukuman itu dikurangkan kepada empat tahun dan akan tamat Oktober ini.

Dia dihukum bersama bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter yang menerajui badan bole sepak dunia itu selama 17 tahun.

Platini direman polis pagi Selasa dan dibawa ke Pejabat Pencegahan Rasuah di Paris untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette