Tiga pekerja cedera selepas operasi minyak di Basra dibedil peluru berpandu. foto Agensi

BASRA, Iraq – Lokasi operasi ibu pejabat beberapa syarikat minyak utama negara termasuk ExxonMobil dekat sini dibedil dengan roket.

Kejadian yang berlaku berhampiran kediaman telah mencederakan tiga orang mangsa, kata tentera Iraq.

Setakat ini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Ia berlaku selepas dua serangan di pangkalan perumahan tentera Amerika Syarikat di Iraq, sekali gus meningkatkan pertikaian antara Washington dan Iran.

Roket itu membedil kawasan Burjesia barat di bahagian timur bandar itu, tambah polis dan kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera.

Polis memberitahu, kejadian itu mengakibatkan dua pekerja Iraq cedera.

Susulan kejadian itu, ExxonMobil telah mengeluarkan 21 kakitangan asing dengan menaiki pesawat ke Dubai.

Namun, operasi-operasi termasuk eksport dari selatan Iraq tidak terjejas dengan insiden berkenaan.

Lokasi yang dibedil dengan peluru berpandu jarak dekat Katyusha itu juga menempatkan Shell PLC dan Eni SpA.

Polis menambah, roket itu mendarat 100 meter dari lokasi penempatan penduduk dan pusat operasi ExxonMobil. – MalaysiaGazette