TERKINI : Buku ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’! Fitnah ‘ANWAR’ Tapi Promosikan ‘Azmin Ali’

PETALING JAYA – Datuk Johari Abdul membidas tindakan seorang penulis buku Yahaya Ismail yang cuba mempromosikan seorang pemimpin disyaki idolanya dalam buku bertajuk “Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM”.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kedah itu mendakwa buku itu dikirimkan sendiri penulis itu menerusi pos dan diterima beliau pada 10 Jun lalu.

Dakwa beliau, manuskrip yang belum dicetak penulis itu telah dibaca beliau dan keseluruhannya disarat fitnah, tohmahan yang keji dan amat dahsyat terhadap Presiden PKR itu.

“Fitnah fitnah itu adalah mengenai homoseksualiti di muka surat 7,8,9,10,77,91 dan 107;korupsi(mukasurat 43,89) dan Agen zionis Israel dan Amerika Syarikat 9muka surat 19 dan 60)