Sebahagian daripada murid Sekolah Agama Taman Mawar yang sesak nafas di Pasir Gudang, Johor.-pix FB

KUALA LUMPUR – Selepas kes pencemaran toksik di Sungai Kim-Kim kini sekumpulan 15 murid sekolah agama di Pasir Gudang, Johor hari ini pula mengalami gejala sesak nafas.

Murid-murid Sekolah Agama Taman Mawar yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Sungai Kim Kim itu dikatakan sesak nafas dan muntah.

65047471_2302031039885599_839778076165406720_n

Lima daripada mereka dihantar ke hospital petang ini dan dipercayai terkesan akibat pencemaran udara.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.39 petang dan sebuah jentera dengan tiga anggota dihantar ke lokasi kejadian sebagai tindak balas pertama.

“Pemeriksaan awal mendapati berlaku pencemaran udara dengan 15 murid mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.

“Lima murid dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pasukan HAZMAT dan pasukan dari BBP Johor Bahru kemudian tiba ke lokasi untuk memberi bantuan,” katanya seperti dipetik daripada laporan BH Online hari ini.

Sebelum ini, pencemaran gas kimia di Pasir Gudang – Sekolah Taman Mawar antara yang terawal terjejas. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.