KetuaPergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berjalan keluar selepas menghadiri s Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Bilik Mesyuarat Tingkat 38, Menara Datuk ONN, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 20 JUN 2019

KUALA LUMPUR – Tidak timbul persoalan siapa harus menerajui kerjasama permuafakatan yang terjalin antara Pas dan UMNO, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, isu siapa yang sepatutnya menguasai siapa tidak timbul kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan sebagai barisan pembangkang.

Katanya, semua keputusan berkaitan pelbagai isu berbangkit dibuat secara bersama menerusi perbincangan.

“UMNO dan Pas telah menubuhkan jawatankuasa induk dan jawatankuasa teknikal bersama membincangkan pembentukan Piagam Muafakat Nasional.

“Saya juga ada dalam kedua-dua jawatankuasa itu dan kedua- dua parti mengakui masing masing mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tidak ada dominan dalam kerjasama itu.

“Selama ini tidak pernah timbul siapa yang patut kuasai siapa kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan.

“Kekuatan yang ada pada UMNO mungkin dapat menampung kelemahan yang ada pada Pas dan begitu juga sebaliknya kekuatan yang ada pada Pas dapat menampung kelemahan UMNO..inilah perkara yang kita sepakati,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau mengulas cadangan bekas Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin semasa merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas yang menyatakan Pas mahu menerajui pakatan politik itu memandangkan beberapa kerjasama lampau termasuk dengan DAP dan PKR gagal membawa hasil dan parti itu sekadar menjadi pengikut sahaja.

Menurut Asyraf Wajdi, persoalan itu tidak seharusnya ditimbulkan kerana kerjasama baru sahaja terjalin peringkat asas pembentukan piagam dan belum lagi memasuki fasa soal pembahagian kerusi bertanding menghadapi PRU-15.

Katanya, kedua-dua pihak sepakat untuk membawa perudingan peringkat tertinggi dalam parti masing masing.

‘Menurut Pas, katanya akan membentangkan sebagai sebahagian usul yang akan dibahaskan dalam muktamar kali ini. Julai nanti kita akan ada mesyuarat induk dan kita akan memperhalusi piagam ini dan kedua dua parti akan menentukan tarikh isytiharkan secara rasmi Piagam Muafakat Nasional itu,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette