TERKINI : “RM270 JUTA”!!! SPRM Saman Lucut Harta 41 Responden – Latheefa Koya

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menfailkan permohonan saman lucut harta di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 ke atas 41 responden.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, permohonan saman itu melibatkan nilai wang RM270 bagi kes dana 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, wang yang diterima responden itu datang daripada akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.