Boris Johnson. foto AGensi

LONDON – Bakal calon Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan teman wanitanya bergaduh ‘teruk’ malam tadi hingga terpaksa campur tangan polis.

Insiden ini sekali gus memberi tamparan kepada Johnson, 55 apabila bertengkar dengan kekasih mudanya, Carrie Symonds, 33 sehingga jiran wanita itu terpaksa memanggil polis selepas mendengar bunyi jeritan nyaring, selain hentakan berkali-kali.

Pertengkaran itu berlaku di rumah Saymonds, yang juga  bekas Ketua Komunikasi Parti Konservatif.

Pergaduhan itu menimbulkan kebimbangan jiran-jirannya apabila terdengar jeritan wanita itu meminta Johnson meninggalkan rumahnya.

Carrie

Bagaimanapun, suara Johnson juga kedengaran menjerit balik kepada wanita itu sebelum bunyi hentakan berkali-kali.

Apabila beberapa jiran-jirannya cuba mengetuk pintu rumah Saymonds kerana risau kejadian tidak di ingini berlaku, tiada ada sebarang respons.

Disebabkan itu, salah seorang daripada jirannya bertindak memangil polis yang tiba dalam tempoh 10 minit.

Salah seorang jiran itu juga bertindak merakam pergaduhan pasangan itu melalui telefon bimbit yang kemudian menjadi viral.

Dalam rakaman itu, Johnson didengar enggan meninggalkan kediaman terbabit dan menyuruh Symonds supaya berhenti menggunakan komputer ribanya selepas tertumpahnya wain merah di atas sofa.

Nama Johnson yang sebenarnya sangat terkenal dengan isu-isu peribadi, selain kehidupan huru hara bakal diangkat oleh Parti Konservatif sebagai Perdana Menteri Britain kelak.

Tahun lalu, dia berpisah dengan isterinya, Marina Wheeler selepas 25 tahun mendirikan rumah tangga. Mereka mempunyai empat anak.

Johnson juga terkenal dengan sikap panas baran, lantaran itu pergaduhannya dengan Symonds tidaklah mengejutkan. –MalaysiaGazette