DUBAI – Etihad Airways telah menggantung operasi melalui ruang udara Iran di Selat Hormuz dan Teluk Oman, kata seorang jurucakap syarikat itu.

Syarikat penerbangan tersebut akan menggunakan laluan penerbangan alternatif di beberapa laluan ke dan dari pangkalan Abu Dhabi sehingga notis lanjut, katanya.

Langkah itu susulan ketegangan di situ selepas berlaku serangan kapal-kapal tangki dan tembakan ke atas dron milik Amerika Syarikat oleh Iran. – MalaysiaGazette