Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat persembahan sambil mendukung anaknya, Siti Aafiyah pada Majlis Perjumpaan Hari Raya di The Pearl Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 22 JUN 2019

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi tempoh sehingga umur 43 tahun untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata.

Siti berkata, tempoh berkenaan dilihat amat bersesuaian bagi menambah anggota keluarga selepas lewat mendapat anak pada usia 39 tahun.

Pada masa sama, Siti, 40, memberitahu, naluri semula jadi mana-mana ibu ingin menambah zuriat dan tambah pula puteri sulungnya, Siti Aafiyah semakin membesar.

MGF220619_SITI NURHALIZA PERJUMPAAN HARI RAYA03
Aksi Siti Nurhaliza ketika berinteraksi dengan para peminatnya pada Majlis Perjumpaan Hari Raya di The Pearl Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 22 JUN 2019

“Sebagai ibu bila anak makin besar, hasrat untuk mendapatkan cahaya mata lagi sentiasa ada.

“Apatah lagi usia Aafiyah sudah setahun lebih dan mula berjalan, Siti ingin hamil lagi.

“Memandang Siti dapat anak lewat dan kalau boleh, Siti mahu menimang seorang lagi anak sebelum umur 43 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Siti Nurhaliza dan Siti Zone di The Pearl International Hotel di sini hari ini.

MGF220619_SITI NURHALIZA PERJUMPAAN HARI RAYA09
Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza beramah mesra bersama peminat pada Majlis Perjumpaan Hari Raya di The Pearl Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 22 JUN 2019

Mengulas lanjut, Siti turut berkongsi perkembangan terkini puteri kesayangannya yang kini sudah pandai berjalan.

“Perasaan Siti sekarang bercampur baur sedih dan gembira kerana dia cepat sangat membesar.

“Bila sudah boleh jalan bila kita nak pimpin, Aafiyah sudah pandai tepis dan hendak jalan sendiri.

“Barulah Siti rasa bagaimana perasaan seorang ibu walaupun dikurniakan anak lewat.

“Siti berdoa kepada mereka yang belum diberi zuriat agar dikurniakan cahaya mata dan yang penting jangan berhenti berdoa,” katanya.

Siti mendirikan rumah tangga dengan Khalid atau Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan selamat melahirkan anak perempuannya itu pada 19 Mac tahun lalu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.