Ir. Khairil Nizam Khirudin
Ir. Khairil Nizam Khirudin
KUANTAN – Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas mahu mana-mana individu yang menuduh PAS menerima wang hasil daripada 1MDB segera meminta maaf secara terbuka sekiranya mereka anak jantan.
Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, tiada satu pun nama pimpinan atau individu dari parti itu berada dalam 41 senarai nama penerima wang 1MDB yang didedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya semalam.
“Alhamdulillah, sebab SPRM baru telah memberitahu benda yang sama seperti yang sebelum ini, bahawasanya PAS tidak menerima sebarang dana daripada 1MDB.
“Jadi mana-mana individu termasuk menteri-menteri sekarang yang sebelum ini memfitnah Pas, kita desak mereka meminta maaf secara terbuka kepada,” katanya seperti dipetk HarakahDaily.
Khairil Nizam berkata, terpulanglah kepada mereka untuk meinta maaf secara terbuka melalui kenyataan atau rakaman.
“Kalau anda ‘gentleman’ silakan. Kalau menghormati rakyat, silakan. Sebab inilah perkara yang selalu dimomokkan kepada PAS, sebelum PRU 14, hingga menyebabkan rata-rata rakyat agak terpedaya kepada dakwaaan dan fitnah tersebut,” katanya kepada media Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Sukan Pahang. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.