Pesawat P-8 milik Amerika Syarikat.

LONDON – Iran bertahan daripada menyerang sebuah pesawat yang mengiringi dron milik Amerika Syarikat (AS) yang ditembak jatuh baru-baru ini, kata Pengawal Revolusi Iran (IRGC).

Pesawat tersebut membawa 35 penumpang, lapor Reuters.

Ketua IRGC (Bahagian Aero Angkasa), Amirali Hajizadeh dipetik agensi berita, Tasnim berkata, “Dengan kehadiran dron AS di rantau ini, terdapat juga sebuah pesawat P-8 milik Amerika dengan membawa 35 orang.

“Pesawat tersebut juga telah memasuki ruang udara kami dan kami boleh menembak jatuh, tetapi kami tidak melakukannya,”. – Agensi

Iran tembak jatuh dron AS