LABUAN – Seorang penunggang motosikal maut, selepas kenderaannya itu merempuh pokok di Jalan Tanjung Purun, berhampiran Arena Bowling Padang Antarabangsa Labuan dekat sini, awal pagi Sabtu.

Ketika kejadian jam 4 pagi itu, Muhamad Afiq Mohamad, 31, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Pangkalan Udara Labuan.

Ketua Polis Labuan, Supt Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Orang ramai yang melihat kejadian telah melaporkannya kepada pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Labuan untuk tindakan selanjutnya. – Bernama