Lim Guan Eng. foto NOOREEZA HASHIM, 18 JUN 2019.
Lim Guan Eng. foto NOOREEZA HASHIM, 18 JUN 2019.

KUALA LUMPUR – Satu siasatan perlu dilakukan bagi menentukan sama ada terdapat amalan monopoli dalam industri simen di SarawaK.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga simen di Sarawak ketara lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Simen adalah bahan binaan asas. Sebarang kenaikan harga simen yang ketara akan disalurkan semula ke dalam ekonomi.

“Ini kemudiannya akan menjejaskan kuasa membeli para pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, kerajaan mengadakan perbincangan dengan pemain industri simen bagi mengekang kenaikan harga bahan binaan itu di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Guan Eng berkata, ketika ini kadar inflasi bagi pengguna di Malaysia kekal rendah dan stabil.

Tambah beliau, Indeks Harga Pengguna untuk bulan April 2019 meningkat sebanyak 0.2 peratus, iaitu pada kadar yang sama untuk bulan Mac 2019. – MalaysiaGazette