Lee Lee melalui laman Facebook berkongsi perjalanan cinta jarak jauhnya yang memaksa suaminya menjelajah 3,000 kilometer semata-mata untuk berjumpa.

BUKIT MERTAJAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Heng Lee Lee mengumumkan mengakhiri zaman bujangnya dengan berkahwin dengan seorang jejaka dari Taiwan, Wang Jun Jie.

China Press melaporkan ADUN Pulau Pinang itu yang berumur 40 mengadakan kenduri perkahwinan di Taiwan pada Sabtu lalu.

Pasangan itu telah mendaftarkan perkahwinan mereka pada April.

Mereka difahamkan merancang untuk mengadakan kenduri di Pulau Pinang selepas ini.

Lee Lee melalui laman Facebook berkongsi perjalanan cinta jarak jauhnya yang memaksa suaminya menjelajah 3,000 kilometer semata-mata untuk berjumpa.

Lee Lee merupakan anak jati Bukit Mertajam dan pernah berkhidmat sebagai wartawan di situ dari 2003 hingga 2010.

Beliau meninggalkan dunia kewartawanan untuk menjadi pembantu khas kepada Lim Guan Eng, ketua menteri ketika itu, dari 2011 hingga 2018.

Lee Lee kemudian mewakili DAP untuk bertanding di Berapit dan berjaya memenangi kerusi itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.