Beginilah keadaan keretapi penumpang yang tergelincir di dalam terusan di Dhaka. foto Reuters

DHAKA – Sebuah keretapi penumpang tergelincir di Bangladesh, mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan lebih daripada 100 mangsa.

Mangsa nahas itu dikhuatiri meningkat selepas pengangkutan awam itu terjatuh ke dalam terusan.

Semasa kejadian kereta api itu melintasi jambatan ketika dalam perjalanan ke ibu kota, Dhaka, dari bandar timur Sylhet, kata penguasa polis Mohammad Shahjalal.

Beliau berkata, terdapat banyak mayat yang terperangkap terendam di dalam terusan berkenaan yang terletak berhampiran daerah Moulavi Bazar, 210 km (130 batu) di timur Dhaka. – MalaysiaGazette