Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berjalan keluar selepas pada Mesyuarat Bersama Delegasi Menteri Kesihatan mengenai Anti Dadah di Kompleks D, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JUN 2019

PUTRAJAYA – Ketagihan penggunaan dadah lebih menjurus kepada penyakit dan bukannya digolongkan dalam kategori jenayah.

Menurut Menteri Dalan Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, aktiviti penagihan dadah perlu dilihat daripada sudut penyakit yang perlu dirawat terlebih dahulu.

“Jumlah tahanan lebih 70,000, ia lebih dari keupayaan penjara untuk menampung mereka tapi sebahagian besar adalah dari ahli yang terlibat dengan dadah samada penagihan atau pengedaran.

“Dekremilisasi ialah kerana kategori yang kita fikir ditakrifkan walaupun dia bersalah dari segi dadah tetapi mereka mungkin lebih kepada penagihan, jadi dalam konteks kesihatan ialah masalah kesihatan yang boleh dirawat,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Muhyiddin bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengadakan mesyuarat mengenai Anti Dadah di Kompleks D, Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, hasil pertemuan itu, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan akan bekerjasama bagi memastikan tahap pembanterasan dadah dalam dioptimumkan.

“Ia memerlukan pelbagai cara, soal sumber, logistik dan kerjasama antara kedua-dua kementerian dan sebagainya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, kementeriannya juga sedang mengkaji untuk mengeluarkan Seksyen 6, 8 dan 9 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan (APD) daripada didaftarkan di bawah Akta 7 Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini 1969 bagi memberikan peluang kedua kepada penagih.

Tambah Muhyiddin, ketika ini kerajaan sedang melihat dan memperhalusi keperluan untuk mengeluarkan Seksyen 15 (1) dan Sekyen 12 (2), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 daripada yang didaftarkan dalam Akta 7 selaras dengan hasrat memberi peluang kedua kepada bekas-bekas penagih dadah yang telah pulih. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.