TERKINI : Letak Jawatan atau Bunuh Diri!!! – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – “Letak jawatan atau bunuh diri bukan cara kita. Saya tahu ada negara yang apabila sebuah pesawat terhempas, Menteri Pengangkutannya akan letak jawatan atau terjun bangunan tetapi kita tidak perlu berbuat demikian (semata-mata) kerana orang lain buat,” kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau menjawab kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Medianya, Datuk A. Kadir Jasin mengenai amalan kebanyakan pemimpin di negara-negara luar yang akan meletak jawatan sekiranya terpalit dengan skandal.

Dr. Mahathir yang masih lagi mempertahankan Datuk Seri Azmin Ali percaya, penyebaran video seks songsang dan pengakuan bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Haziq Abdullah Abdul Aziz hanyalah permainan kotor politik yang mahu menjatuhkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.