Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Datuk Dr. Aini Ideris bergambar kenangan pada Jamuan Hari Raya Universiti Putra Malaysia di Univerisiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 24 JUN 2019

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) menyasarkan tersenarai antara 150 universiti terbaik dunia selepas 2020.

Menurut Naib Canselor universiti itu, Prof. Datuk Dr. Aini Ideris, pelbagai analisis yang perlu dibuat untuk menetapkan sasaran itu, termasuk mempertimbangkan aspek yang boleh ditambah baik dalam memastikan perstasi UPM, khususnya prestasi akademi, kekal maju.

“Boleh jadi dalam dua tahun dalam lingkungan 100 insyaAllah. Kalau nak dalam 100 itu mungkin selepas beberapa tahun. Mustahil lagi.

“Sasaran saya masuk dalam lingkungan 150.

“Kita dalam tengok sasaran kena ada strategi juga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri universiti itu hari ini.

Dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020,= baru-baru ini UPM berada pada kedudukan ke-159, melonjakkan prestasinya sebanyak 43 tangga.

Kedudukan tersebut menjadikan UPM sebagai universiti kedua terbaik negara di belakang Universiti Malaya (UM) yang menduduki tangga ke-70.

Aini berkata, universsiti itu melahirkan lebih 7,000 graduan setiap tahun dan 4,000 daripada penuntutnya adalah pelajar antarabangsa. – MalaysiaGazette