Datuk Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta jangan layan provokasi yang mahu beliau menjalani ujian poligraf ekoran kes video kontroversi.

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, permintaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam itu tidak layak mencabar Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

“Budak ‘otak udang’ seperti Lokman ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang stature untuk bercakap mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan moral kerana dia sendiri pun seorang yang tidak bermoral.

“Kita dapat ibarat penyangak Lokman ‘otak udang’ ini seperti langit dengan bumi jika nak dibandingkan dengan Azmin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru Khairuddin bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang Azmin bukan bodoh untuk menghancurkan masa depan sendiri dengan video seks tidak berasas itu.

“Kalau hendak buat perkara-perkara sumbang seperti itu sesiapa saja boleh terbang sebagai contohnya ke Indonesia, Singapura, Turki atau mana-mana negara luar untuk puaskan nafsunya tetapi Azmin bukan orang semacam itu,” katanya.- MalaysiaGazette