Syarul Ema Rena Abu Samah

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Wanita Keadilan, Datin Faizah Ariffin dilihat mempunyai agenda kerana mengkritik Zuraida Kamaruddin.

Menurut Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, Syarul Ema Rena Abu Samah, tindakan melabel Zuraida sebagai ‘mak lampir tidak bertuan’ dilihat keterlaluan.

“Namun kerana Faizah yang juga bekas anak didik Zuraida yang mempunyai agenda tersendiri, mungkin gagal memahami maksud sebenar cara seni politik yang profesional,” katanya dalam sau kenyataan hari ini.

Syarul Ema yang lebih dikenali sebagai Ratu Naga itu mengingatkan apa sahaja keputusan parti komponen di dalam Pakatan Harapan mampu membawa kesan pada reputasi kerajaan sekarang.

“Tidak salah sekadar memberi pendapat untuk pecat Haziq kerana Haziq telah sengaja memburukkan parti dan Pakatan Harapan. Melainkan Haziq menafikan maka tak akan jadi pekung untuk dikatakan sebagai memalukan nama baik parti tapi yang berlaku sebaliknya.

“Apa rakyat akan fikir kemudian? Adakah kita menyokong perbuatan yang dibanggakan Haziq yang dengan rela dan bangga mengakui dia lah salah seorang lelaki yang melakukan aktiviti semburit tu?

“Adakah itu yang Faizah pertahankan?

“Kita juga jangan terlalu bersifat defensif. Jangan gelojoh dalam hendak mengampu tapi lupa konteks sebenar apa yang cuba disampaikan Zuraida adalah untuk menjaga nama baik parti,” katanya.

Beliau juga tidak mahu ahli-ahli parti mengikuti cara UMNO yang sengaja membiarkan sesiapa sahaja yang mengaku buat pekara sumbang berlegar merata dalam parti.- MalaysiaGazette