Tun Dr Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Felda kerana tidak sihat.

“Beliau kata tidak sihat, beliau minta dilepaskan, kita bersetuju,” kata Perdana Menteri selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-33 di sini.

Artikel berkaitan:Felda sahkan peletakan jawatan Megat Zaharuddin

Peletakan jawatan Megat Zaharuddin berkuatkuasa 30 Jun ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebelum ini Megat Zaharuddin pernah mengemukakan hasrat sama melepaskan jawatannya kepadanya. – MalaysiaGazette