Pengurus Saluran Astro Warna, Astro Prima dan InTrend, Norzeha Mohd Salleh bersama barisan juri, pengacara dan peserta-peserta bergambar kenangan pada sidang media Muzikal Lawak Superstar di Hardrcok Cafe, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 JUN 2019

KUALA LUMPUR – Penonton saluran Astro Warna dan Warna HD akan berpeluang menonton persembahan artis tanah air dalam program realiti muzikal komedi iaitu Muzikal Lawak Superstar bermula Jumaat ini pukul 9 malam.

Program yang akan disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil selama 10 minggu itu bakal menampilkan 42 peserta dari 14 kumpulan yang dianggotai oleh pelawak, penyanyi dan pelakon.

Kumpulan yang bakal bertanding adalah Botak yang dianggotai oleh Achey, Abam dan Black, Voices (Sharif Zero, Chiwan Chilok, Shiha Zikir), J-Born (Joey, Vicha, Khir Rahman), Newboh (Ali Puteh, Mamak Puteh, Tomok), Tamanz (Tauke, Man Raja Lawak, Zulin Aziz) dan Titans (Issey, Amar, Ain Edruce).

Kumpulan lain adalah Heart (Daniel, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers), Kitawa (Tapai, Ilham, Nadzmi Adhwa), Wasap (Wan Gegau, Amir Raja Lawak, Syura), Libra (Bell Ngasri, Rahim Sepahtu, Elly Mazlein), Kroni (Achok Chilok, Kamal Chilok, Nonie AF), Sept (Eyya, Pink, Shahrul AF), Bunga (Caca, Amir, Leez AF) dan UNI (Fad Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC.

MGF24062019_+PC+MUZIKAL+LAWAK+SUPERSTAR09
Pengurus Saluran Astro Warna, Astro Prima dan InTrend, Norzeha Mohd Salleh bercakap pada sidang media Muzikal Lawak Superstar di Hardrcok Cafe, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 JUN 2019

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Asro Prima & InTrend, Norzeha Mohd. Salleh, program kali in berbeza dengan rancangan komedi yang pernah diketengahkan oleh pihak Astro.

Katanya, Muzikal Lawak Superstar lebih kepada konsep pertunjukan muzikal yang bergerak secara tandem dengan elemen komedian serta idea untuk menerbitkan program ini tercetus selepas melihat reaksi orang ramai terhadap program Maharaja Lawak Mega.

“Muzikal Lawak Superstar dizahirkan selepas melihat keterujaan dan maklum balas positif yang ditunjukkan penonton setiap kali kami mempertontonkan Minggu Tema Muzkal dalam program signature Maharaja Lawak Mega.

“Sokongan dan gelak tawa penonton baik di dewan utama mahupun di rumah dilihat lebih luar biasa daripada kebiasaan dan ia turut menjadi topik utama di ruangan digtal serta antara episod yang meraih rating tertinggi sepanjang musim bersiaran.

MGF24062019_+PC+MUZIKAL+LAWAK+SUPERSTAR08
Pengurus Saluran Astro Warna, Astro Prima dan InTrend, Norzeha Mohd Salleh bercakap pada sidang media Muzikal Lawak Superstar di Hardrcok Cafe, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 JUN 2019

“Kami yakin, format seumpama ini mamu memenangi hati peminat terutamanya mereka yang menginginkan pendekatan yang berbeza dan tidak klise,” katanya pada sidang mediamemperkenalkan program Muzikal Lawak Superstar di ibu kota, semalam.

Jelas Norzeha lagi, Astro Warna berjaya melahirkan ramai pelawak berbakat yang kemudiannya beralih untuk menerokai pelbagai bidang seni yang lebih luas seperti lakonan, nyanyian, teater dan pengacaraan.

Beliau berharap menerusi Muzikal Lawak Superstar, peserta yang terdiri daripada pelbagai cabang industri itu dapat menyahut cabaran dan berpeluang beraksi mempamerkan persembahan masing-masing dalam gelanggang komedi bagi membuktikan keberkesanan dan bakat yang mereka miliki.

Menurutnya, dari segi format pemarkahan, 50 peratus adalah undian penonton dan 50 peratus jumlah pemarkahan diberikan oleh barisan juri tetap iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altmet.

MGF24062019_+POSEUP+PC+MUZIKAL+LAWAK+SUPERSTAR11
Sesi fotografi bersama selebriti, Elly Mazlein pada sidang media Muzikal Lawak Superstar di HardRock Cafe, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 JUN 2019

“Awie kan menilai berdasarkan lakonan, sketsa serta nilai komedi dalam persembahan. Nora Danish pula akan menilai dan memberi markah berdasarkan tahap kreativiti lakonan peserta dan Altimet bertanggungjawab menilai berdasarkan kreativiti lirik, persembahan muzik peserta dan sketsa komedi.

“Rancangan ini akan diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda. Manakala Shah Slam akan bertindak sebagai pengarah muzik sepanjang program berlangsung,” jelasnya.

Sementara itu, Izzue Islam dan Sissy Iman akan bergandingan bagi menjayakan program Digi Extra Lawak yang akan bersiaran secara langsung selama 30 minit setiap Jumaat sebelum Muzikal Lawak Superstar bermula.

Menerusi Digi Extra Lawak, kedua-dua pengacara itu akan bertanyakan kepada para peserta tentang persiapan mereka sebelum bertanding dan apa yang berlaku di belakang tabir.

Program ini menawarkan hadiah lumayan iaitu RM150,000 dan sebuah trofi untuk juara, RM75,000 (naib juara), ketiga RM50,000 dan tempat keempat layak mambawa pulang wang tunai RM25,000. – MalaysiaGazette

MGF24062019_+POSEUP+PC+MUZIKAL+LAWAK+SUPERSTAR29
Sesi fotografi bersama kumpulan Botak yang dianggotai oleh Achey Bocey (kiri), Abam Bocey dan Black (kanan) pada sidang media Muzikal Lawak Superstar di Hardrcok Cafe, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 JUN 2019

1 Komen

Comments are closed.