Suhu di Paris dijangka mencecah 40 darjah celsius minggu ini. foto Agensi

PARIS – Perancis diramal mengalami gelombang haba dengan cuaca setinggi 40 darjah celsius pada minggu ini.

Suhu diramal 35 darjah celsius atau lebih pada hari Isnin dan meningkat sehingga hari Khamis dan Jumaat.

Bahagian utara Perancis termasuk Paris diramal lebih teruk.

Air pancuran dan kolam-kolam awam sementara telah disediakan sebagai sebahagian daripada pelan menghadapi gelombang haba yang melampau.

Air-air juga akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasuk warga tua.

Perancis, Jerman, Switzerland dan Belgium dijangka memecah rekod baharu bagi cuaca panas pada bulan Jun, namun belum dapat mengatasi Perancis.rekod kebangsaan untuk bulan Jun yang pecah pada hari-hari yang akan datang – tetapi Perancis mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi musim panas.

Perancis pernah mengalami gelombang panas pada bulan Ogos 2003 – yang mana hampir meragut nyawa15,000 orang. Dalam tempoh satu bulan, suhu tiga teratas yang pernah dicatatkan ialah 44.1C pada 12 Ogos.

Météo-Franc, memberi amaran bahawa suhu tidak akan jatuh sehingga hujung minggu walaupun pada waktu malam, meskipun suhu terendah dijangka kekal melebihi 20 ° C di kebanyakan tempat. – MalaysiaGazette