TERKINI : Ada Persatuan-Persatuan Wartawan Pulau Pinang Juga Terima Wang 1MDB – Lim Guan Eng

CYBERJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan bahawa penerima wang secara haram daripada syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat tidak terlibat secara langsung dengan skandal itu.

“Kebanyakan tidak terlibat dalam kegiatan jahat Jho Low, Arul Kanda dan lain-lain,” katanya ketika hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Menara Hasil Cyberjaya, hari ini.