Foto Instagram Lisa Surihani

KUALA LUMPUR – Pelakon, Lisa Surihani kini sudah berhijab selepas pulang daripada menunaikan umrah pada awal Syawal lalu.

Menerusi Instagram miliknya, ibu kepada dua anak itu memuat naik foto-foto terbaharunya.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33, turut meminta orang ramai berdoakan yang terbaik buat dirinya terus istiqomah.

“Hai sayang, terima kasih. Berdoa dan berharap ianya perkara baik dilakukan, datang dari hati yang ikhlas,” tulisnya.

Lisa menunaikan mmrah pada Syawal lalu bersama suaminya yang juga penyanyi dan komposer, Yusry Abdul Halim dan dua cahaya matanya serta ibunya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.