David Silva

LONDON – Pemain tengah Manchester City, David Silva mendedahkan akan meninggalkan pasukan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada hujung musim depan.

Pemain Sepanyol berusia 33 tahun berkata, musim 2019-2020 adalah musim terakhirnya dan tidak akan mewakili kelab lain di EPL selepas itu.

“Saya tempoh yang sempurna buat saya selama 10 tahun.

“City menawarkan kontrak dua tahun namun saya mengambil keputusan melanjutkannya untuk setahun dan akan genap 10 tahun di sini.

“Ia melengkapkan karier saya dengan angka genap yang cantik. Saya tidak akan bermain dengan pasukan lain untuk mencabar City,” katanya kepada BBC sama ada terus kekal musim depan.

Sepanjang di City, Silva yang menyertai The Citizens dari Valencia pada 2010 telah menjulang empat gelaran Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan menjulang empat trofi Piala Liga. – MalaysiaGazette