TERKINI : ‘C4’ Sekiranya Tak Faham Datang Jumpa – Timbalan Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR – Polis sedia memberi penjelasan kepada kumpulan Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) yang bimbang penglibatan polis dalam perniagaan di luar tugas kepolisan sebagai satu konflik kepentingan.

Beliau juga menafikan dakwaan C4 bahawa ia boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan unsur rasuah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya meminta C4 tampil ke hadapan berjumpa PDRM supaya boleh diberikan penjelasan yang terbaik.