KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US susulan kurangnya permintaan ke atas nota tempatan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1460/1500 berbanding dolar daripada 4.1450/1500 pada penutupan Rabu.

Beliau berkata pelabur terus berhati-hati terhadap ketidaktentuan dalam unjuran ekonomi dunia, dengan tumpuan kini kepada mesyuarat antara Presiden Donald Trump dan rakan sewjawatannya Xi Jinping sempena sidang kemuncak G-20, serta beberapa data yang akan disiarkan, termasuk tempahan awal barangan tahan lama US bagi Mei.

“Penyairan data awal tempahan barangan tahan lama mungkin dapat mengehadkan pemulihan dolar US,” katanya.

Ringgit juga didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Nota tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0611/0648 daripada 3.0608/0650 dan rendah berbanding euro pada 4.7140/7202 daripada 4.7083/7144 pada Rabu.

Berbanding pound British, ringgit menyusut kepada 5.2642/2697 daripada 5.2571/2651 dan rendah berbanding yen kepada 3.8492/8540 daripada 3.8490/8547.

— BERNAMA