TERKINI : Dulu Tun M Pernah Main Ragbi – Tun Dr. Mahathir

Walaupun mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat dunia sebagai pemimpin hebat, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui beliau tidak berapa bagus dalam bidang sukan.

Perdana Menteri berkata, beliau hanya bermain sukan ragbi di zaman sekolah namun kebanyakan waktunya dihabiskan dengan belajar dan membaca buku.

Bagaimanapun beliau percaya bahawa aktiviti fizikal dan sukan adalah penting kepada setiap individu.