Noraini Ahmad
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 29 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR –  Pergerakkan Wanita UMNO menzahirkan sokongan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang sedang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, Zahid mempunyai hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan hak-hak itu adalah selaras dengan prinsip asas undang-undang jenayah.

Jelas Ahli Parlimen Parit Sulong itu, seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah atau dalam bahasa Inggerisnya “innocent until proven guilty”.

“Prinsip ini menjadi teras kepada sistem keadilan di seluruh dunia dan ia mesti terus disuburkan.

“Tidak kira sebesar mana pun kesalahan yang dituduh, seseorang itu perlu diberi ruang membela diri di mahkamah.

“Prinsip undang-undang ini terpakai pada setiap warga negara dan selaku bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid wajar diberi peluang untuk membuktikan beliau tidak bersalah melalui saluran undang undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.