Polis Sepanyol menahan seorang tentera udara Brazil selepas menemui Kokain seberat 39 kilogram dalam pesawat yang dinaiki Presiden Brazil ke Sidang Kemuncak G20 di Jepun.

SEPANYOL – Dadah jenis kokain hampir 40 kilogram ditemui dalam pesawat yang membawa delegasi diketuai Presiden Brazil, Jair Bolsonaro ke Sidang Kemuncak G20 di Jepun.

Bagaimanapun laporan memberitahu, seorang pegawai rendah tentera udara berpangkat sarjan berjaya dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Seville, Sepanyol.

Polis berjaya membuat tangkapan suspek sebenar yang bertanggungjawab menyeludup kokain itu selepas pesawat yang sedang dalam perjalanan ke Osaka sebelum berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas di Seville untuk tindakan lanjut.

Selepas pendaratan di Seville, suspek ditahan oleh pihak berkuasa selepas hasil pemeriksaan rapi polis Sepanyol dalam bagasi yang merugukan berjaya menemui kokain seberat 39 kilogram.

Pihak berkuasa Brazil berkata, sarjan itu berkerja sebagai kru kabin pesawat yang dinaiki presiden dan delegasi Brazil itu.

Brazil telah membuka kertas siasatan sendiri mengenai kejadian itu dan bekerjasama dengan polis Sepanyol dalam insiden tersebut.

“Saya segera mengarahkan Menteri Pertahanan Brazil membantu polis Sepanyol mencari fakta kejadian dan bekerjasama dalam setiap peringkat penyiasatan.

“Saya juga mengarahkan tentera Brazil melancarkan siasatan tersendiri mengenai insiden itu.

“Jika pegawai tentera udara berkenaan disabitkan kesalahan kami akan membicarakan dia dan menghukum berdasarkan lunas undang-undang yang ada,” tegas Bolsonaro.- MalaysiaGazette