MACC Malaysian Anti-Corruption Commission Datuk Seri Azam Baki. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2019 government projects cartel syndicate monopoly.
Chief Commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Datuk Seri Azam Baki. PIX: Hazrol Zainal / MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali bersih daripada tuduhan menyembunyikan RM300 juta di luar negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata hasil siasatan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) juga mendapati dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.

“SPRM turut menyiasat berkaitan tohmahan terhadap Mohamed Azmin Ali yang bertajuk “Here is the proof Azmin Ali is toyol of Selangor” yang mana satu laporan pernah diterima pada Ogos tahun lalu.

“Berhubung dengan isu ini, siasatan tersebut telah dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia serta institusi kewangan lain dan mendapati tohmahan yang dibangkitkan ini adalah tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Blogger “Toyol of Selangor” dalam tulisan di blognya pada 18 Jun lalu mendakwa Azmin dan isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin mempunyai banyak akaun bank di luar negara.

Dalam pada itu, Azam sekali lagi memberikan kenyataan bahawa laporan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Adam baru-baru ini tentang transaksi meragukan oleh sebuah syarikat pembinaan ke akaun bank peribadi yang merujuk kepada Azmin.

“SPRM telah menjalankan siasatan dan mendapati tidak wujud transaksi yang dinyatakan dan tiada kewujudan akaun yang berkaitan,” katanya lagi.

Rabu lalu, Azam berkata dakwaan sebuah syarikat kejuruteraan yang didakwa pernah memindahkan AS$741,440 (kira-kira RM3.1 juta) ke satu akaun bank milik seorang menteri juga tidak dikesan. -MalaysiaGazette