Tarmizi melihat seorang guru mengisi borang keahlian PAN dalam bilik guru sebuah sekolah di Perak Tengah.
Tarmizi melihat seorang guru mengisi borang keahlian PAN dalam bilik guru sebuah sekolah di Perak Tengah.

KUALA LUMPUR – Netizen mempersoalkan tindakan seorang Ahli Jawatankuasa  (AJK) Biro Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) membawa borang parti itu ke sebuah sekolah untuk diisi keahliannya oleh guru.

Tindakan itu yang dikatakan agak keterlaluan dan tidak beretika apabila parti politik dibawa masuk ke sekolah, boleh menjejaskan nama baik kerjaya guru.

Beberapa keping gambar menunjukkan AJK berkenaan, Tarmizi Mohd Jam menyaksikan seorang guru mengisi borang keahlian PAN yang menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

Seorang warga net, Khairul Ryzel mempersoalkan, bolehkah seorang penjawat awam dipercayai guru sekolah mengisi atau menerima borang keahlian PAN.

Katanya, berdasarkan gambar itu, guru berkenaan mengisi borang keahliannya di bilik guru sebuah sekolah di daerah Perak Tengah.

“Nampak sangat PAN semakin terdesak apabila menggunakan guru untuk menambah jumlah keahlian parti itu, yang kini semakin merosot akibat ketidakcerdikan pemimpin Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Seorang lagi netizen, Mohamad Alias memberitahu, guru Gred 41 hingga 48 dibenarkan berkecimpung dalam politik berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam Pekeliling Bilangan 2010.

Kata beliau, guru berkenaan boleh jadi ahli sahaja bukan aktif sebagai ketua atau sebagainya, tetapi itu bukan yang dibincangkan, isunya ialah bawa borang parti politik dalam pejabat.

“Guru sekolah nak masuk jadi ahli parti politik itu hak kebebasan demokrasi. Nak masuk jadi ahli kena pergi pejabat parti di cawangan, bahagian atau negeri, bukan dalam sekolah.

“Isi borang keahlian di rumah atau di kedai makan pun boleh, asalkan bukan di dalam kawasan sekolah.

“Anda guru, sepatutnya tumpu pada pendidikan, bukan berpolitik dalam kawasan sekolah,” ujarnya.

Awang Mohamad pula berkata, sebelum ini kalau UMNO masuk berkempen di sekolah, begitu lantang PH membantah dan kritik, tetapi sekarang apabila berkuasa, mereka telah melanggar larangan itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.