TERKINI : Tiada Kematian Kes Pencemaran Udara di Pasir Gudang – Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa tiada pesakit bagi kes pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, meskipun pencemaran udara itu menjejaskan 235 orang, namun setakat ini tiada kematian dilaporkan.