Crystal Palace meletakkan nilai 100 juta ke atas Wilfried Zaha selepas Arsenal meluahkan hasrat untuk mendapatkan pemain iti.

ENGLAND – Crystal Palace tidak sanggup kehilangan Wilfried Zaha musim ini apabila menuntut 100 juta pound untuknya.

Tindakan itu menyusul selepas bekas pemain Arsenal itu dikaitkan dengan penghijrahan ke Emirates.

Sejak menyertai the Eagles pada tahun 2015 dari Manchester United, Zaha berjaya meletakkan diri sebagai pemain penting dalam Liga Perdana Inggeris,

Bagaimanapun Zaha sudah membuat keputusan menganggap tiba masa sesuai untuk mencari cabaran baharu di kelab lain.

Laporan mengatakan dia menyeru Palace bersetuju dengan terma kontrak dengan Arsenal menjelang perpindahan ke kelab tersebut.

Walaupun Zaha merupakan penyokong Arsenal sejak kanak-kanak, pemain Ivory Coast itu mahu menyertai the Gunners walaupun pasukan itu tidak beraksi dalam Liga Juara Juara Eropah musim akan datang.

Namun Palace tidak bersedia melepaskan pemain itu selepas menjual Wan Bissaka dan menetapkan nilai 100 juta pound kepada mana mana kelab yang yang menagih khidmatnya.

The Gunners pula hanya mampu mengeluarkan dana sekitar 45 juta pound untuk pemain tersebut.

Palace juga mencari pemain baharu mengisi kekosongan Wan Bissaka yang menyertai the Red Devils.

Tomothy Castagne dari Atalanta diintai sebagai pengganti Bissaka di Palace.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.