Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah penjimatan menerusi pelan penstrukturan dan pemulihan semula Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata menerusi rundingan semula kontrak terdahulu, penjimatan sejumlah RM 9.3 juta bagi setahun yang memberi penjimatan optimum kepada TH terutama dalam bidang perbekalan, infrastruktur dan teknologi maklumat.

“Langkah lain dengan mengurangkan perbelanjaan mengurus seperti urus kos pentadbiran dan perolehan di ibu pejabat TH di semua cawangan di seluruh Malaysia yang membawa penjimatan sebanyak RM2 juta setahun,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dr Mujahid berkata langkah penjimatan dalam majlis dalam skala lebih kecil membawa penjimatan RM1.5 juta setahun.- BERNAMA