Kalau kerajaan mahu melarang penjualan di restoran, maka kerajaan perlu menggubal undang-undang untuk melarang. - Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia- Singapura, Datuk Ho Su Mong.

KUALA LUMPUR – Kerajaan harus mempertimbangkan kepentingan kaum perokok ketika menyeru supaya warung kopi berhenti menjual rokok, kata Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia- Singapura, Datuk Ho Su Mong.

Beliau berkata, hakikatnya, penjualan rokok adalah dibenarkan di sisi undang-undang dan kerajaan juga mengutip cukai daripada penjualannya.

“Kalau kerajaan mahu melarang penjualan di restoran, maka kerajaan perlu menggubal undang-undang untuk melarang,” katanya dipetik China Press.

Su Mong berkata, pihaknya membantah seruan Timbalan Menteri Kesihatan, Lee Boon Chye yang berharap pemilik restoran berhenti menjual rokok secara sukarela.

Kata Boon Chye, langkah itu dapat mencegah orang muda daripada mengakses rokok dan terpengaruh dengan budaya merokok.

Menurut Su Mong, kedai-kedai kopi telah menerima kesan daripada larangan merokok di warung kerana kebanyakan pelanggan merupakan perokok.

“Sejak larangan merokok dikenakan, jumlah pelanggan kami telah berkurangan 30 peratus,” katanya.

Ujarnya, semasa mempertahankan kepentingan kaum bukan perokok, kerajaan juga perlu mempertimbangkan hak kira-kira lima juta orang perokok negara ini.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.