Anggota polis kelihatan di luar perkarangan Tanforan Mall, San Francisco. foto Agensi

SAN FRANCISCO – Beberapa orang cedera selepas berlaku tembak menembak di sebuah kompleks beli-belah di pinggir bandar San Burno, Californua.

Tidak banyak maklumat diperoleh berhubung insiden itu tetapi televisyen KGO-TV melaporkan Hospital San Francisco mengesahkan ada dua orang menjadi mangsa.

Ada mangsa juga mangsa yang sedang dalam perjalanan ke hospital.

Manakala KPIX melaporkan kejadian itu berlaku di pusat beli belah Tanforan, yang mana beberapa saksi mendakwa terdengar lapan tembakan dengan sekurang-kurangnya dua mangsa terkena tembakan di tingkat dua.

Saksi juga memberitahu, tiga individu dilihat digari. – MalaysiaGazette