TERKINI : Cukup Umur 18Tahun Boleh Mengundi! – Ismail Sabri

Ahli Parlimen pembangkang hanya akan menyokong usul turun had umur mengundi kepada 18 tahun jika kerajaan bersetuju melaksanakan pendaftaran pemuda secara automatik dengan meminda Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya juga mempunyai syarat kedua yang perlu didengar kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya mahu mereka menyokong inisiatif itu.