Gambar hiasan. Foto Reuters

TOKYO – Harga minyak susut hari ini selepas mencatat keuntungan kukuh hari sebelumnya, ditekan oleh data yang menunjukkan penurunan lebih kecil daripada jangkaan dalam stok minyak mentah Amerika Syarikat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent LCOc1, penanda aras antarabangsa untuk harga minyak turun 0.4 peratus pada AS$ 63.60 setong pada 0112 GMT. Brent ditutup 2.3 peratus pada hari Rabu

Manakala West Texas Intermediate (WTI) CLc1 turun 0.3 peratus pada AS$57.18 setong selepas naik 1.9 peratus pada hari Rabu.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat susut sebanyak 1.1 juta tong minggu lalu, kata Pentadbir Maklumat Tenaga (EIA) semalam berbanding unjuran penganalisis sebanyak 3 juta tong.

“Pasaran minyak Amerika Syarikat kekal mengalami lebihan bekalan,” kata Penganalisis Kanan OANDA, Edward Moya. – MalaysiaGazette