Anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz (kanan) tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberikan keterangan dipercayai berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 03 JULAI 2018.
Riza Aziz (kanan). foto HAZROL ZAINAL, 03 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Anak tiri kepada bekas perdana Menteri Najib Razak akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA)  di Mahkamah Sesyen 8, Jalan Duta pada pukul 9 pagi esok.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suruhanjaya itu telah mendapat keizinan untuk mendakwa ahli perniagaan, Riza Shahriz Abdul Aziz.

Terdahulu kenyataan awal SPRM mengesahkan Riza telah ditahan suruhanjaya itu pada pukul 12 tengahari.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya yang mengesahkan perkara itu berkata, Riza telah dibebaskan dengan ikan jamin. – MalaysiaGazette