LIlle mengesahkan Liverpool berbincang dengan agen Nicolas Pepe mengenai potensi hijrah ke Anfield

PERANCIS – Presiden Lille, Gerard Lopez mengesahkan Liverpool telah berbincang untuk menandatangani perjanjian dengan Nicolas Pepe musim ini.

Pengurus kelab Ligue 1 itu berkata, Pepe, 24 telah mengharungi musim menyerlah 2018/2019 dengan menjaringkan 23 gol dalam semua perlawanan.

Lille juga melayakkan diri ke kempen Liga Juara-Juara Eropah musim 2019/2020 selepas berjaya menamatkan saingan Ligue 1 sebagai naib juara.

Kelab itu meletakkan nilai 70 juta pound kepada mana-mana kelab yang ingin membeli Pepe.

Bayern Munich, Manchester United dan Arsenal juga mengintai khidmat pemain itu.

Jurgen Klopp merancang merekrut penyerang terbaik ke pasukan the Reds musim ini dengan Daniel Sturridge dibenarkan mencari kelab lain.

Maka Pepe dikaitkan sebagai pengganti Sturridge di Anfield.

“Saya tahu perbincangan diadakan bersama pemain itu bukannya dengan kami selaku kelab.

“Liverpool sudah mempunyai pemain hebat dalam posisi kegemaran Pepe dan saya difahamkan akan ada pemain yang meninggalkan kelab itu.

“Lagipun saya tidak hanya fokus kepada Liverpool. Namun memang benar Liverpool mengadakan perbincangan dengan ejen pemain kami,” kara Lopez semalam.