Muzzammil Ismail

KUALA LUMPUR – Pemuda Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa telah wujud dua kem dalam UMNO dan Pas yang dipercayai akan membentuk satu blok baharu yang pro kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lantaran itu, tidak perlu terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir supaya parti-parti Melayu menyertai Bersatu untuk membentuk blok bangsa itu yang kuat.

Exco Armada, Muzzammil Ismail berkata, kuat di sini bermaksud yang berkualiti dan meninggalkan kelompok yang terpalit dengan dakwaan salah laku rasuah termasuklah Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Annuar yang mendakwa Dr Mahathir menggadai kuasa dan kedudukan Melayu serta bertanggungjawab terhadap penularan budaya songsang.

Sebaliknya, beliau mahu Annuar mencermin diri kerana rakyat terutama orang Melayu masih tidak dapat menerima isu penyelewengan dan salah laku yang Anuar lakukan semasa mengurus Mara sehingga ditamatkan perkhidmatan.

Malah, dakwanya, Zahid mengambil alih tugas Presiden UMNO dengan agresif.

Artikel berkaitan: Orang Melayu tak akan layan pelawaan Bersatu – Annuar Musa

Manakala Datuk Seri Mohamad Hasan pula dakwa Muzzammil dilihat bertenang menjawab pertanyaan kontroversi, begitu juga terdapat pimpinan PAS yang lebih selesa bekerja dibawah pentadbiran Dr Mahathir.

“Rata-rata komen di media sosial daripada pengikut akar umbi dan orang awam terutama anak muda menunjukan sokongan dan harapan terhadap blok kepimpinan yang lebih progresif berkebolehan, besar wibawanya meninggalkan politik lama.

“Rombakan politik besar akan berlaku. Cuma tidak pasti bila. Mungkin tahun 2020 tidak lama lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

Dr Mahathir pelawa semua parti Melayu sertai Bersatu