Ruben Loftus-Cheek

LONDON – Bintang muda Chelsea, Ruben Loftus-Cheek bersetuju kekal kelab itu sehingga tahun 2024.

Sky Sports melaporkan, pemain berusia 23 tahun itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Juara Liga Europa musim lalu.

Loftus-Cheek ketika ini masih lagi mempunyai dua tahun dalam kontrak asalnya bersama Chelsea.

Dia mengakui cukup teruja untuk terus kekal di Chelsea dan inginkan lebih banyak kejuaraan bersama-sama kelab tersebut.

“Saya cukup gembira untuk kekal di sini untuk lima tahun lagi. Saya membesar di sini dan berharap dapat kekal lebih lama.

“Saya juga mahu memenangi lebih banyak trofi bersama pasukan dan secara peribadinya menjad pemain utama buat Chelsea,” kata pemain tengah itu.

Keputusan Loftus-Cheek untuk kekal di Chelsea cukup menggembirakan pengurus baharu, Frank Lampard yang ingin memberikan lebih peluang kepada pemain muda menyinar di Chelsea. – MalaysiaGazette